
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan 130 kejadian bencana dikesan di Johor, Pahang dan Negeri Sembilan setakat 10 pagi tadi.
JKR dalam kenyataan hari ini memaklumkan 98 daripadanya adalah bencana banjir, cerun runtuh (21), jalan mendap (enam), jalan runtuh (empat) dan satu jambatan runtuh ataupun rosak.

MIRI, 9 Okt: Jalan dari Kampung Beraya ke Kejapil kira-kira tiga kilometer dari jalan utama, Jalan Pesisir Pantai Miri-Bintulu dekat sini ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dari kedua-dua arah ekoran tanah runtuh hari ini.