
KUALA LUMPUR, 1 April: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.