Dua maut, ibu dan bayi cedera dalam kemalangan di Jalan Kimanis-Keningau #bm, Malaysia December 29, 2023 12:25 PM KOTA KINABALU, 29 Dis: Dua lelaki maut manakala seorang ibu dan bayinya cedera apabila kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tiga tan di Batu 16, Jalan Kimanis-Keningau dalam kejadian sekitar tengah malam tadi.