KUALA LUMPUR, 29 Sept: Malaysia dan United Kingdom (UK) bersetuju untuk memberi tumpuan kepada teknologi baharu muncul termasuk ekonomi digital dan keselamatan siber semasa pertemuan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Teknologi dan Ekonomi Digital UK Damian Collins semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital) Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Ma. Sivanesan berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat dua hala antara kedua-dua menteri semalam, yang diadakan di luar Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) di Bucharest, Romania yang berlangsung dari 26 Sept hingga 14 Okt.
KUALA LUMPUR, 29 Sept: Malaysia dan China semalam memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersempena Persidangan Plenipotentiary Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa 2022 (ITU PP22) yang berlangsung dari 26 Sept lepas hingga 14 Okt ini di Romania.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata memorandum itu ditandatangani beliau dan Timbalan Menteri Industri dan Informasi Teknologi China Zhang Yunming.