Isi biji dabai sehebat pistachio mampu jadi produk baru Sarawak – Uggah #bm, Berita Sarawak, Daily Updates June 21, 2022 5:26 PM KUCHING, 21 Jun : Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.