Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

iran

ATHENS, 21 Jun: Penutupan Selat Hormuz, yang dibimbangi bakal berlaku sekiranya ketegangan bersenjata antara Iran dan Israel terus memuncak akan memberi kesan besar kepada ekonomi global, menurut Menteri Perkapalan Greece, Vassilis Kikilias pada Jumaat.

ISTANBUL, 21 Jun: Komando Keselamatan Siber Iran mengumumkan bahawa beberapa cubaan Israel untuk mengganggu sistem infrastruktur penting negara, termasuk rangkaian perbankan, berjaya digagalkan sejak tercetusnya konflik antara kedua-dua pihak, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik Agensi Berita Mehr pada Jumaat.

TEHRAN, 20 Jun: Menteri Luar Iran Abbas Araghchi menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) supaya melaksanakan dan menguatkuasakan Resolusi 487 yang diterima pakai pada 1981 sebagai tindak balas terhadap tindakan agresif Israel ke atas kemudahan nuklear Iraq, lapor Agensi Berita Mehr (MNA).

KUALA LUMPUR, 20 Jun: Kementerian Luar kini dalam peringkat akhir memuktamadkan usaha untuk membantu rakyat Malaysia dan ahli keluarga mereka di Iran kembali ke tanah air susulan konflik yang sedang berlaku antara Israel dan Iran.

ISTANBUL, 20 Jun: Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Khamis mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai maklumat yang menunjukkan tapak reaktor penyelidikan air berat Khondab di Iran telah terkena serangan, namun tiada risiko radiologi dilaporkan kerana kemudahan itu belum lagi beroperasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Paling Popular

No results found.