KUALA LUMPUR, 28 Nov: Selepas kira-kira sembilan bulan membimbing Lee Zii Jia sebagai pemain profesional, Indra Wijaya tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.
Indra, 48, berkata, keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara pada Jumaat lepas.