KUALA LUMPUR, 13 Feb: Malaysia mampu meletakkan kedudukannya sebagai hab logistik serantau memandangkan industri ini diiktiraf sebagai penting untuk merangsangkan perdagangan, memudahkan kecekapan perniagaan dan memacu pertumbuhan ekonomi.
Logistik di Malaysia telah berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, disokong oleh pemboleh pertumbuhan yang kukuh seperti infrastruktur yang lebih baik, peningkatan jumlah kargo dan pertumbuhan struktur dalam e-dagang.