KUALA LUMPUR, 15 Feb : Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6.0 peratus, didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana tersebut selain prestasi pasaran modal yang positif.