
PUTRAJAYA, 10 Jun: Malaysia menyampaikan penghargaan ikhlas kepada Poland kerana menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, khususnya melalui sokongannya kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) dan penyaluran bantuan kecemasan.