JAKARTA, 4 September: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penyertaan Malaysia pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 di sini akan mengukuhkan lagi Kepusatan ASEAN di rantau Indo-Pasifik serta menggalakkan keterangkuman dan keterbukaan ASEAN dalam menjalin hubungan dengan rakan luar.