KUALA LUMPUR, 20 Mac: Honda Malaysia merancang untuk melancarkan empat model baharu tahun ini yang termasuk tiga model serba baharu serta satu model yang diberikan wajah baharu.
Satu daripada model yang bakal diperkenalkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi ialah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kecil pertama Honda yang dirancang dilancarkan pada suku ketiga 2023, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Operasinya, Sarly Adle Sarkum.