MELAKA, 9 Okt: Gara-gara leka menghisap gam ketika sedang memandu kereta, pasangan suami isteri masing-masing berusia 33 dan 23 tahun yang baharu sebulan berkahwin, dipanggil polis bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata ia susulan satu video tular di Instagram berdurasi 17 saat memaparkan kejadian dakwaan pasangan menghisap gam ketika memandu bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, dipercayai anak tiri kepada pemandu kenderaan itu, pada 4 petang 7 Okt lepas.