
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Penyediaan lebih banyak projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) untuk golongan B40, selain mengembalikan inisiatif Kempen Pemilikan Rumah (HOC) serta pengurangan kadar cukai untuk membantu golongan M40 memiliki kediaman sendiri, antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2025.