AL KHOR (Qatar), 11 Dis: Penjaring terbanyak pasukan Perancis Olivier Giroud menyumbat gol kemenangan bagi menundukkan England 2-1 dan membawa juara bertahan itu melangkah ke pentas separuh akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.
England terpaksa berputih mata apabila sepakan penalti Harry Kane pada saat-saat genting jauh melepasi palang gol.