
NILAI, 2 Okt: ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Inilah peribahasa sesuai menggambarkan kesungguhan dan semangat Hariz Zaimuddin untuk menyambung pengajian walaupun terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan bersama keluarganya ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini malam tadi.