Menurut Jawatankuasa Media dan Publisiti (JKMP) sambutan itu, Sarawak diberikan kepercayaan untuk menganjurkan sambutan pada tahun ini selaras dengan keputusan Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 Jun 2020 yang antara lain bersetuju sambutan Hari Malaysia diadakan secara bergilir-gilir antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
KUCHING, 22 Ogos: Permintaan terhadap Jalur Gemilang dan bendera Sarawak kian meningkat, lebih-lebih lagi semakin hampir menjelangnya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, disusuli dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept nanti.
SONG, 21 Ogos: Semua pihak perlu dengan megah mengibarkan Jalur Gemilang bagi menunjukkan semangat cintakan negara, demikian kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan.
BALINGIAN, 21 Ogos: Lebih 200 orang peserta yang terdiri daripada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Balingian, ibu bapa dan masyarakat setempat bersama-sama mengimarahkan sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Kecil Balingian menerusi acara ‘Chung Hua Balingian Fun Run’ di sini, pagi Ahad.
Majlis anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Kecil Balingian dan SJK Chung Hua Balingian ini telah dirasmikan oleh Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Kecil Balingian, Dominic Ahjun.
KUCHING, 3 Ogos: “Nang sik berasa,” itu ungkapan popular Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merujuk kepada tarikh Hari Sarawak, Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia diraikan dalam selang masa tidak lama, sekali gus meningkatkan semangat patriotisme dan nasionalisme.