JOHOR BAHRU, 1 Sept :Â Seorang lelaki warga emas maut selepas dikatakan mengalami kesesakan nafas semasa menjalani aktiviti mendaki bersama dengan keluarganya, kira-kira tiga kilometer dari kaki Gunung Pulai, Kulai, pagi semalam.
Pegawai Bomba Kanan II Asmiza Zaini berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bergegas ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.11 pagi, dan sebaik tiba, Chua Kok Wah, 62, didapati telah dibawa turun ke pondok pengawal di kaki gunung oleh orang awam.