SIBU, 10 Ogos: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) sedang menjalankan siasatan terperinci daripada semua sudut termasuk masalah teknikal dan unsur khianat dalam kebakaran yang memusnahkan lima kapal pukat tunda nelayan di Tanjung Manis, kira-kira 71 kilometer dari sini, awal pagi hari ini.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon 4 Sarawak Penguasa Bomba Kanan Andy Allie berkata berdasarkan maklumat awal, kebakaran dikesan bermula dari bahagian belakang sebuah daripada kapal milik Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) itu.