Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Genosid

RAMALLAH, 10 Jun: Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin Diduduki dan Israel, mendakwa Israel melakukan genosid  dengan menyasarkan orang awam yang berlindung di sekolah dan tempat ibadat di Gaza, sebagai sebahagian daripada apa yang digambarkan sebagai “kempen sistematik untuk menghapuskan kehidupan rakyat Palestin.”

ISTANBUL, 5 Jun:  Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva pada Khamis mengecam tindakan ketenteraan Israel di Gaza sebagai “genosid”, sambil menggesa usaha global diperbaharui untuk menamatkan perang di Ukraine melalui dialog dan diplomasi, lapor Anadolu Ajansi (AA).

GAZA, 18 Mei: Sekurang-kurangnya 67 penduduk Palestin maut dan 361 lagi cedera di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan genosid Israel yang berterusan, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

GAZA, 17 April: Sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh manakala 73 lagi cedera dalam tempoh 24 jam lepas akibat serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

ANKARA, 21 Feb: Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Paling Popular