
MUAN (Korea Selatan), 3 Jan : Polis Korea Selatan telah menyerbu Lapangan Terbang Antarabangsa Muan untuk hari kedua berturut-turut pada Jumaat berhubung nahas pesawat syarikat penerbangan itu yang mengorbankan 179 nyawa, lapor Agensi Berita Yonhap.
Polis Wilayah Jeonnam menjalankan operasi geledah dan rampas di pejabat lapangan terbang di barat daya Korea Selatan awal pagi Jumaat untuk mendapatkan bahan berkaitan nahas pesawat itu.