Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

gaza

ANKARA, 23 Mac: Pegawai kanan Hamas, Salah al-Bardawil serta isterinya terbunuh dalam serangan udara Israel di barat Khan Younis, selatan Gaza, menurut pengumuman kumpulan Hamas pada Ahad.

AMMAN, 23 Mac: Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah terdapat keperluan mendesak untuk tindakan segera pihak antarabangsa bagi menghentikan serangan berterusan Israel ke atas Gaza serta memastikan gencatan senjata kekal menerusi panggilan telefon dengan Perdana Menteri Britain Keir Starmer pada Sabtu (22 Mac).

ANKARA, 22 Mac: Tentera Israel membunuh 130 lagi rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah kematian keseluruhan sejak Oktober 2023 kepada 49,747, menurut Kementerian Kesihatan pada Sabtu.

GENEVA, 22 Mac: Kekurangan bahan api yang teruk telah melumpuhkan respons kecemasan Bulan Sabit Merah Palestin di Gaza, dengan kurang daripada separuh ambulans mereka kini beroperasi, menurut Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Jumaat.

GAZA, 21 Mac: Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini mengesahkan bahawa lima lagi petugasnya terbunuh di Gaza dalam tempoh beberapa hari lepas, menjadikan jumlah keseluruhan kakitangan yang terkorban mencecah 284 orang.

Paling Popular

No results found.