
MAKKAH, 8 Jun: Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi menggesa jemaah haji agar mematuhi garis panduan kesihatan dan keselamatan pencegahan bagi memastikan pengalaman tawaf yang lancar dan selamat sepanjang musim haji tahun ini (1446H).