
KUCHING, 23 Jun: Kementerian Pengangkutan Sarawak sedang memantau keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) susulan insiden sebuah pesawat tentera tergelincir di landasan dalam kejadian pagi tadi, hingga menyebabkan semua operasi penerbangan tergendala sementara waktu.