Gempita langit Langkawi, tanda bermulanya LIMA’23 #bm, Berita Sarawak May 23, 2023 12:48 PM LANGKAWI, 23 Mei: Gema deruman lebih 70 pesawat milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melintasi langit biru Langkawi hari ini menjadi simbolik penyempurnaan pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2023 (LIMA’23).