
PUTRAJAYA, 22 Ogos: Di sebalik penjawat awam yang sudah tidak sabar lagi menikmati ‘gaji baharu’ fasa pertama pada Disember ini susulan pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, namun ada juga ‘kebimbangan’ dalam kalangan mereka.
Mengaitkannya dengan situasi kenaikan harga barangan sebelum ini oleh peniaga sebaik adanya pengumuman peningkatan gaji mahupun pemberian bonus, kebanyakannya berangapan keadaan yang sama juga akan berlaku lagi pada Disember kelak.

KOTA SAMARAHAN, 11 Jun: Penstrukturan semula skim tangga gaji tenaga pengajar di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) masih dalam proses perbincangan di peringkat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata tahun ini KKDW hanya mengumumkan peningkatan elaun bulanan untuk sukarelawan KEMAS dari RM500 kepada RM800.