Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi di Bekenu #bm, Berita Sarawak October 24, 2024 1:53 PM MIRI, 24 Okt: Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi dalam Op Taring Kontraban di Bekenu di sini, pada Rabu.