JOHOR BAHRU, 29 Mac : Seorang pembantu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana gagal melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung suapan wang berjumlah RM700 yang diberikan kepadanya, tahun lepas.