KUALA LUMPUR, 30 Okt: Malaysia dan Singapura sepakat mengenai pentingnya menyediakan bantuan kemanusiaan kepada Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, selepas Sesi Pemukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura ke-10 pada Isnin.