
KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ringgit terus meningkat, mencapai paras tertinggi dalam tempoh hampir tiga minggu berbanding dolar AS berikutan keyakinan meningkat bahawa pentadbiran baharu di bawah Donald Trump akan mengambil pendekatan yang lebih bersasar dan secara berperingkat dalam melaksanakan tarif import lebih tinggi.