Fakulti AI UTM bakal jadi pelopor pertumbuhan AI di Malaysia – Azlinda #bm, Malaysia November 25, 2023 11:08 AM KUALA LUMPUR, 25 Nov: Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) yang dicadangkan penubuhannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan merintis pertumbuhan kecerdasan buatan di Malaysia, kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Prof Dr Azlinda Azman.