KOTA BHARU, 7 Sept: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah untuk pasaran Kelantan dan Lembah Klang dengan penahanan lima lelaki serta rampasan pelbagai dadah bernilai lebih RM6.4 juta, Isnin lepas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua lelaki berusia lingkungan 27 hingga 39 tahun itu ditahan di beberapa lokasi berasingan.