
Enrique mengumpul 372.05 mata keseluruhan untuk menduduki tempat ke-13, hanya dipisahkan 7.30 mata di belakang penerjun Itali, Riccardo Giovannini di tempat ke-12 dengan 379.35 mata.

KUCHING, 20 Ogos: Penjagaan kesihatan mental dan membina keserasian yang utuh antara pasangan adalah kunci kejayaan Elvis Priestly Clement dan Enrique Maccartney Harold apabila memperolehi pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

HANGZHOU, 1 Okt: Hasrat gandingan penerjun negara Bertrand Rhodict Lises-Enrique Maccartney Harold untuk mencipta sensasi tidak kesampaian apabila terlepas memenangi pingat perak acara 10 meter (m) platform seirama lelaki pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di sini malam ini.

PHNOM PENH, 11 Mei: Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.