
KOTA BHARU, 9 Jun: Seorang saksi kejadian kemalangan melibatkan bas yang membawa 42 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli awal pagi tadi, sempat cuba mematikan enjin bas itu kerana bimbang kenderaan itu terbakar, namun tidak berjaya.