
KEPALA BATAS, 16 Julai:Â Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berhasrat menaikkan gaji minimum lepasan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET) daripada RM1,500 kepada RM2,000.
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata TVET bukan sahaja mengajar subjek konvensional malah harus memastikan tenaga kerja yang kompeten seiring dengan revolusi industri 4.0 (IR 4.0).