
VIENTIANE, 24 Julai: Penyertaan Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-57 (AMM) dan mesyuarat berkaitan yang sedang berlangsung di Laos adalah penting sebagai persediaan Malaysia mengambil alih jawatan pengerusi ASEAN pada tahun hadapan, kata Duta Besar Malaysia ke Laos Edi Irwan Mahmud.