
KUALA LUMPUR, 25 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 18 individu termasuk pemilik dan pengarah syarikat kerana disyaki merasuah penjawat awam bagi meluluskan permohonan kemasukan warga asing sebagai pemegang saham di kilang sisa elektronik di Selangor dan Johor.