
KUALA LUMPUR, 12 Dis: Dalam ucapan pada Sesi Khas Tergempar ke-10 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Malaysia mengecam tindakan ketenteraan Israel yang berterusan di Gaza dan Tebing Barat, serta menyeru campur tangan antarabangsa yang tegas untuk menangani krisis kemanusiaan yang teruk berlaku di Gaza.