KUALA LUMPUR, 1 Dis: ‘Bahang’ Pilihan Raya Umum Ke-15 pada 19 Nov lepas beransur hilang dan kini diganti dengan cuaca nyaman dan dingin apabila purata suhu harian negara dilaporkan antara 22 hingga 30 darjah Celsius.Â
Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata fenomena cuaca sejuk itu dijangka berterusan hingga Februari tahun depan.