Selepas siap Dewan Sri Saribas, tebingan sungai Kampung Mangut pula akan dinaik taraf #bm, Berita Sarawak February 27, 2025 6:10 PM SPAOH, 27 Feb: Selepas siapnya dewan baharu di tapak Pesta Ikan Buntal di Kampung Mangut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Datuk Mohammad Razi Sitam, melihat signifikan menaik taraf tebingan sungai di kampung tersebut.