Jangan sertai perhimpunan di Putrajaya Sabtu ini, tindakan tegas menanti – Polis #bm, Malaysia June 27, 2024 1:45 PM KUALA LUMPUR, 27 Jun: Polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai satu perhimpunan yang akan diadakan Tempat Letak Kereta Awam, berhadapan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya Sabtu ini kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik lokasi.