Anwar yakin gabenor baharu BNM mampu teruskan monetari mampan, stabil #bm, Ekonomi, Malaysia June 20, 2023 9:48 PM KUALA LUMPUR, 20 Jun: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) yang baharu Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour mampu meneruskan kebijakan monetari yang mampan dan stabil.