
BANGKOK, 29 Ogos :Â Malaysia berminat menjalin kerjasama pertahanan dengan Thailand termasuk dalam menghasilkan produk pertahanan untuk memajukan industri pertahanan negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.
Selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang dijangka dilancarkan Oktober ini, beliau berkata Malaysia sedia belajar dari Thailand yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam industri pertahanan.