KUALA LUMPUR, 3 Feb: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menubuhkan sebuah panel penasihat teknikal terdiri daripada tujuh bekas pemain badminton kebangsaan dan tujuh eksekutif sukan, bagi mencari jalan menambah baik prestasi skuad negara.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, BAM berkata ahli panel penasihat itu terdiri daripada bekas wakil negara ke Sukan Olimpik Datuk Lee Chong Wei, mantan pemain perseorangan lelaki kebangsaan Roslin Hashim dan Ong Ewe Hock, bekas beregu lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Datuk Seri Jalani Sidek dan Datuk Cheah Soon Kit.
KUALA LUMPUR, 28 Nov: Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo, hari ini.