
PUTRAJAYA, 31 Ogos: ‘Gelora’ jiwa merdeka lebih 100 ribu rakyat Malaysia membara di Dataran Putrajaya apabila sekali lagi menjadi medan penyatuan pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama, untuk bersama-sama menzahirkan kecintaan kepada negara pada sambutan Hari Kebangsaan 2024 hari ini.