
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Ringgit “berehat” seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS, tetapi masih mendapat sokongan untuk mata wang tempatan kekal positif.
Pada jam 9.05 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.4295/4365 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4300 pada penutupan urus niaga Isnin.