KUALA LUMPUR, 27 Jun: Dagangan di Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur untuk hari kedua berturut-turut di tengah-tengah prestasi lemah semalaman Wall Street kerana peniaga masih tidak memasuki pasaran menjelang pengumuman beberapa data ekonomi lewat hari ini.
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 2.07 mata untuk mencatatkan paras 1,391.95 berbanding 1,389.88 pada penutup Isnin.