KUALA LUMPUR, 9 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesyorkan agar semua pihak, termasuk pembangkang menonton keseluruhan rakaman wawancara beliau dengan agensi berita CNN baru-baru ini berkaitan pelbagai isu termasuk berhubung dasar ekonomi negara sebelum membuat sebarang tohmahan terhadapnya.