Mersing jadi daerah terbaharu terjejas banjir, mangsa melonjak kepada 2,912 orang #bm, Malaysia January 25, 2023 9:07 AM JOHOR BAHRU, 25 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor terus melonjak kepada 2,912 orang setakat 12 tengah malam tadi berbanding 1,703 yang direkodkan pada 8 malam dengan Mersing menjadi daerah terbaharu terjejas bencana itu.