KUALA LUMPUR, 11 Sept: Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu, Hector Bidoglio gembira dengan aksi luar biasa pemainnya dalam membantu beliau memperoleh kejuaraan sulung, selepas mengambil alih tempat bekas Ketua Jurulatih, Benjamin Mora, Julai lepas.
JDT menjulang Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC 3-1 di hadapan 84,321 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi.